Saturday, 31 May 2008

Mencintai tak beRmaksud Memiliki..

Janganlah kau angkuh melaungkan…
Si dia kepunyaanmu..
Atau kau kepunyaan si dia..
Kerana hakikatnya....

Kita tidak pernah memiliki sesiapa

Walau sekeping hati seorang insan..

Tidakkah kau sedar…
Hukum alam menyatakan…
Menyintai tidak semestinya memiliki?…
Manusia pandai berpura…
Berlakon di pentas dunia…
Dan bertopeng menutup rahsia…
Tetapi hati…
Tidak pernah berdusta pada empunya…
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya…
Tidakkah kau sedar…
Mungkin si dia melafazkan…
Ungkapan cinta padamu…
Tetapi hati dan perasaannya…
Tidak pernah berniat begitu…
Dia hanya berselindung…
Di sebalik sejuta alasan
Dan kau…
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya…
“Aku tidak pernah memiliki dirimu…”
“Dan kau jua tidak memiliki diriku.”
Mengertilah…
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa…
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita…
Kecuali Dia…
Dia mengasihi hambaNya…
Dia memiliki hambaNya…
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali……

Saye suke poems ini..hu..hm..

You know you love me,
xoxo




2 comments:

Anonymous said...

i luv the poems too, bcos it is so true. hmm

hunny said...

yeah..me too.. =)