Lately it has been a big talk about an ustaz using this video to teach Pendidikan agama to 7years old kid in school.Lets watch this together n leave ur comments ya! :)
Oleh HELMI MOHD. FOAD
PUTRAJAYA 11 Nov. - Kementerian Pelajaran tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah kerana ia tidak sesuai dengan tahap umur murid-murid yang terlalu muda.
Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai-pegawai kementerian agar membuat siasatan tentang klip video tersebut.
"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat.
"Saya secara peribadi tidak setuju tetapi sebenarnya penolakan (klip video) itu datang daripada ibu bapa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah yang antara lain memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.
Bagaimanapun timbul persoalan yang dibimbangi akan menjejaskan akidah apabila klip video tersebut memaparkan gambaran tentang perkara yang berlaku di alam ghaib.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.
Dalam pada itu Hishammuddin berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa masalah kadar yuran pada penggal persekolahan tahun depan tidak akan berbangkit lagi sebagaimana yang berlaku sebelum ini.
Menurutnya, satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh beliau akan meneliti semua perkara berkaitan penggal persekolahan baru tahun depan termasuk isu yuran dan jadual waktu.
Beliau menjelaskan, pihaknya akan membuat beberapa pengumuman mengenai isu-isu berkaitan penggal persekolahan baru nanti.
''Saya yakin tidak akan timbul masalah dan yuran tambahan, ia bukan suatu yang wajib sebaliknya ada kaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
''Sebelum ini yang timbul berpunca daripada salah tanggapan dan kita sudah berbincang serta menyelesaikan masalah tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment