Kenapa ramai orang lebih suka mengejar keindahan cinta duniawi dari cinta hakiki terhadap Pencipta?
Kenapa ramai orang yang lebih mudah jatuh cinta pada paras rupa dan harta benda dari budi pekerti yang mulia?
Kenapa ramai orang sering mengeluh kerana putus cinta di dunia yg sementara tetapi tidak mengendahkan langsung bekalan cinta yg mereka bawa terhadap Maha Pencipta dan Rasul2nya?
Kenapa ramai orang menjadi buta, tuli, bisu, dan seanggup melakukan segalanya semata2 kerana cintakan dunia dan isinya?
Kenapa ramai orang sanggup berpaling tadah, menipu, memfitnah, dan membunuh rakan baik mereka smata2 kerana cemburukan cinta?
Cinta lahir tanpa dipinta,
Cinta datang tanpa diundang,
Cinta tidak mengenal paras rupa,
Cinta sebenar hanya kepada Pencipta...
No comments:
Post a Comment