Pertama kali membaca hasil nukilanmu,
Aku kagum..
Kagum dengan ketulusan dan keindahan bahasa yg digunakan,
Kagum dengan isi2 nukilanmu yg menyentuh masuk ke dalam kalbuku,
Aku kagum..
Bagaimana kamu dapat melakukannya,
Hanya dengan melalui kata-kata dan bahasa..
Aku kagum,
Bagaimana seseorang sepertimu bisa menukilkan sebuah cerita,
Tanpa jemu, penat dan lelah buat tatapan semua,
Biarpun dalam kesibukan, kepenatan, dan kekeringan masa,
Kamu masih mampu melakukannya tanpa meminta apa-apa,
Aku kagum,
Dengan sikapmu yg bersahaja,
Dengan budimu yg banyak ditaburkan di mana-mana,
Dengan sikapmu yg merendah diri,
Ikhlas berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira usia..
Aku kagum,
Dengan bakat yang ada padamu,
Dengan hati suci yang kamu miliki,
Dengan kegigihan kamu mencari rezeki,
Dengan kesungguhan kamu berjuang demi fisabilillah,
Dengan ingatan kamu terhadap bangsa dan agama kita,
Kamu selayaknya dipanggil 'satu dalam sejuta'...
Sesungguhnya aku memang kagum terhadap dirimu,
Amatlah kerdil dirasa diri ini pabila diukur dengan dirimu,
Kamu umpama mutiara yang bersinar di lautan,
Aku hanya camar yang masih berterbangan mencari arah tujuan..
Teruskan perjuanganmu sahabat,
Walaupun aku hanya camar yg mampu melihat kamu dr jauh,
Akan tetap aku menyokong usaha dan minatmu itu,
Walaupun tidak dapat menghulurkan apa-apa kepadamu,
Kuharap ingatan tulus dari hati ini dapat memberi semangat kepadamu,
Untuk terus berjuang, menegakkan pendirianmu,
Sesungguhnya memang aku sayang kepadamu,
Aku kagum denganmu,
Sahabatku..
No comments:
Post a Comment